The Reporter
Tindakan seorang individu memuat naik gambar wajah Muhammad Bilal, mengundang rasa kecewa ibunya, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa, 33, kerana perbuatan itu jelas telah menceroboh privasinya.
Apatah lagi gambar itu diambil tanpa meminta keizinannya terlebih dahulu, sedangkan dia sebagai ibu berhak menjadi orang pertama yang memuat naik gambar wajah anaknya kepada umum.
"Sebagai seorang ibu, tentulah hal itu menyinggung perasaan saya. Bila orang nampak (Bilal) di luar, nampaklah! Bila dia (individu berkenaan) kongsi semua itu, saya rasa macam dia tak menghormati.
"Sebab (kalau) di luar, saya takkan halang. Saya pun tak akan sorok wajah dia. Bagilah saya seorang ibu yang melahirkan patut buat benda ini. Sebab kita dah rancang dengan suami sampai masa yang sesuai. Kita nak jadi orang pertama yang buat," katanya kepada mStar Online.
Sejak semalam tular di media sosial gambar Neelofa mengendong Bilal, bersama dengan suaminya, Haris, berada di sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.
Pendedahan wajah Bilal itu mengundang banyak reaksi netizen yang selama ini sudah lama menunggu pasangan itu mendedahkan wajah anak mereka. Namun, ada juga yang menyelar tindakan individu terbabit tidak menghormati privasi Neelofa.
Sumber: mStar Online
October 11, 2022 at 12:56PM
0 Komentar