'Tak sangka orang yang kita hormat sanggup benarkan pasukan medianya menyindir saya' - Caprice nekad failkan saman terhadap Mydin

October 20, 2022

The Reporter



Selebriti Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, menegaskan tindakan undang-undang terhadap Mydin berhubung ciapan 'panas' yang dimuat naik semalam akan tetap diteruskan. 


Caprice berkata, dia tidak menyangka seseorang yang disanjung dan dihormatinya sebelum ini sanggup membiarkan pasukan medianya menyindir atau memerlinya di media sosial. 


Walaupun Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin, menafikan pihaknya ada menyebut nama selebriti berkenaan dalam ciapan itu, Caprice menjelaskan ciapan itu dibalas oleh netizen yang jelas mengetahui ciapan tersebut membicarakan mengenai dirinya. 


"Ya (akan teruskan saman). Saya tak pernah menyangka seseorang yang kami sanjung dan hormati sanggup membenarkan pasukan medianya untuk menyindir/memerli saya. 


"Macam mana nak nafikan, sedangkan ruang comment memang tag atau tahu (ciapan) itu mengenai saya," katanya. 




Ada netizen mendakwa, ciapan Mydin itu mungkin bagi tujuan marketing sahaja. Tetapi bagi Caprice, marketing seperti itu tidak wajar dilakukan ketika dia sedang berjuang membela nasib mangsa-mangsa pedofilia. 


"Marketing? Nak sindir atau perli orang yang tengah hot pasal isu bongkar PU-PEDO dan yang tengah membela mangsa-mangsa child-predators? 


"Saya faham ada ramai yang tidak senang dengan cara saya melawan Child Predators, tetapi kita tak sangka brand yang terkenal sanggup berbuat demikian (sindir/perli). 


"Saya sangat kecewa. Mereka tahu apa yang mereka buat dengan menggunakan perkataan 'Cap' dan 'Rice'. Tapi buat-buat tak tahu. Nak ajak orang perli/sindir sila boss dan tanggunglah dosa itu. Ingat tua-tua kita akan fikir kubur, tapi nak sangat 'cool' and 'in trend', sanggup kejar views," katanya. 





Terdahulu, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin menafikan dakwaan kononnya ciapan itu menyindir Caprice dan hairan mengapa selebriti itu terasa. Malah dia yakin pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan.


"Siapa makan cili, dia yang rasa pedas. Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami. Biar peguam saya buat semakan," katanya. 


Sumber: Instagram Caprice



October 20, 2022 at 12:29PM

Previous
Next Post »
0 Komentar