PU Syed mohon maaf kepada Caprice & isteri, akan padamkan hantaran kontroversi

October 14, 2022

The Reporter



PU Syed hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Caprice dan isterinya, berhubung kenyataanya dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook yang menegur Caprice untuk menguruskan aurat isterinya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan PU Azman. 


"Permohonan maaf kepada saudara Caprice dan isteri. Ambe dengan ini akan menurunkan catatan yang mana di dalamnya ada menyentuh isu aurat isteri saudara Caprice dan memohon maaf jika di sana ada unsur-unsur negatif dan mengganggu kehidupan mereka," katanya. 


Baca: Caprice kongsi pendedahan mangsa PU Azman di IG, tapi PU Syed minta Caprice urus aurat isteri dulu


Bagaimanapun, PU Syed juga berharap Caprice tidak lagi mengulas mengenai kes PU Azman yang sedang dibicarakan di mahkamah. 


Mengenai pendedahan Caprice yang mendakwa dirinya cuba mengorat seorang wanita di media sosial, PU Syed tidak membuat sebarang kenyataan penafian dan hanya menyerah kepada Caprice sama ada mahu meneruskan pendedahan itu atau sebaliknya. 


Malah, PU Syed juga menafikan permohonan maaf itu dibuat bukan kerana dia takut dengan pendedahan iu.



"Isu tentang diri ambe yang Caprice cuba dedahkan, terpulang kepada dia untuk terus dedahkan atau tidak. Permohonan maaf ini bukanlah bermakna ambe nak pihak Caprice membatalkan hasrat pendedahan itu jika benar wujud dan melanggari batas syarak dan undang-undang negara. 


"Kepada Allah sahajalah kita serahkan baik dan buruknya, InsyaAllah," katanya. 


Sementara itu, Caprice dalam kenyataannya di Instagram, menerima permohonan maaf itu dan sebagai balasannya, dia memadamkan semua hantaran yang berkaitan dengan PU Syed, termasuk gambar tangkap layar perbualan PU Syed dengan seorang wanita. 


"Terima kasih PU Syed. Cap dah padam semua posting pasal PU Syed. Cap harap kita boleh sama-sama satu meja berkopi dan rapatkan saf daripada nak bermusuhan. Lets work together to fix the umat," katanya. 




Sumber: IG Caprice, FB PU Syed

October 14, 2022 at 07:32AM

Previous
Next Post »
0 Komentar