The Reporter
Foto hiasan | Liputan 6 |
Malaysia yang mula memasuki fasa endemik pada hari ini membenarkan golongan penerima vaksin Sinovac, Sinopharm dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih belum mendapat suntikan dos penggalak, adalah dibenarkan untuk makan di restoran atau memasuki pusat beli-belah walaupun status divaksinasi penuh sudah tiada dalam aplikasi MySejahtera.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, meskipun kelonggaran telah diberi tetapi golongan berkenaan masih perlu mengambil dos penggalak sebagai perlindungan tambahan dari dijangkiti virus Covid-19.
"Bermula 1 April, penerima Sinovac dan Sinophram yang berusia 18 tahun ke atas termasuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas tidak dikira sebagai penerima vaksin penuh jika tidak mendapatkan suntikan dos penggalak.
"Namun, mereka masih dibenarkan makan di restoran, masuk ke bangunan atau tempat keagamaan jika sudah mendapatkan suntikan dos primer (Pfizer & AstraZeneca serta Sinovac wajib melebihi 14 hari selepas suntikan).
"Mereka yang menerima satu dos vaksin CanSino juga dianggap telah menerima dos primer selepas tempoh 14 hari suntikan," katanya.
Namun, pemilik premis perlu memeriksa dan memastikan hanya pelanggan yang mempunyai dua dos lengkap sahaja dibenarkan masuk.
Sumber: The Star, mStar Online
April 01, 2022 at 08:36AM
0 Komentar