'Sudah-sudahlah kecam, saya nak hidup bebas' - Kak Long 7E rayu netizen berhenti mengecamnya

March 15, 2022

The Reporter

Foto Wan Nor Baizura


Tidak dinafikan ramai yang meluahkan rasa lega apabila stesen TV Alhijrah menangguhkan penyiaran episod program Trending yang membabitkan Wan Nor Baizura atau Kak Long 7E sebagai tetamu jemputan. 


Bagaimanapun, ibu kepada dua anak, berusia 34 tahun itu kesal dirinya berterusan dikecam oleh netizen. Sedangkan kes di kedai serbaneka itu telah lama selesai dan mereka juga telah bermaafan. 


Menurut Kak Long 7E, dia menerima jemputan itu dan datang ke studio pada Isnin lalu bersama dengan suami, anak-anak dan ahli keluarga lain termasuk ibunya. 


Berkata kepada mStar, Kak Long mengakui dia terharu menerima jemputan itu kerana sebelum ini dia dilanda rasa kecewa disebabkan kecaman tanpa henti dari netizen.


Hal itu membuatkan dia menyangka rezekinya telah disekat. Tetapi rupanya tidak kerana rezeki datang mencurah-curah bagaimana susu jatuh ke ladang gandum. 


Dalam pada itu, Kak Long 7E meminta netizen berhenti mengecamnya kerana dia mahu merasa hidup bebas, apatah lagi kes 7 Eleven telah pun selesai. 


"Sudah-sudahlah kecam saya. Saya mohon netizen hentikan kecaman, saya nak hidup bebas. Kes dengan 7 Eleven pun dah berakhir. 


"Tak lama lagi dah nak puasa. Saya tak nak baca kecaman bila dah dekat nak puasa. Saya nak menjalani hidup normal. Saya kena berniaga dan meeruskan kehidupan dengan suami serta anak-anak. Kesian anak-anak saya.


"Sejujurnya saya dah penat, saya banyak kerja lagi nak buat. Kita ni orang Islam. Saya risau orang yang benci saya, suatu hari nanti mereka jadi sayang pula kepada saya," katanya. 


Sementara itu, ibunya Kamsah Haizam, 54, turut memohon netizen berhenti dari mengecam anaknya itu bagaikan tiada hari esok. 


"Hal dah selesai kenapa nak kecam? Buka Facebook, nampak macam-macam cerita Kak Long. Ada orang yang kami kenal pun ikut mengecam termasuk jiran dan kawan-kawan. 


"Tak apalah, makcik nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memahami. Yang kecam tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah," katanya. 


Kamsah juga berpendapat tiada salahnya anak dia muncul di program TV sebab itu adalah rezeki anaknya. Malah dia tahu anaknya itu ada masa depan dan berbakat. Kamsah mendoakan anaknya itu kelak akan dapat menharumkan nama negara suatu hari nanti. 


Sumber: mStar Online



March 15, 2022 at 01:41PM

Previous
Next Post »
0 Komentar