Lelaki Bangladesh didakwa rogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun

March 29, 2022

The Reporter

Foto Kosmo! Online


Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, minggu lalu. 


Tertuduh, Md Kalam Molla, 32, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. 


Mengikut pertuduhan, buru binaan itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Terusan Limbat, Kubang Kerian, jam 2 pagi, 20 Mac 2022. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Abu Arsalnaa tidak menawarkan sebagai jaminan kerana bimbang tertuduh akan melarikan diri. Tertuduh pula memohon mahkamah memberikan jaminan untuk kesalahan itu. 


Mahkamah menetapkan, tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan 10 Mei depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan mangsa. 


Sumber: Harian Metro



March 30, 2022 at 03:32AM

Previous
Next Post »
0 Komentar