Cemburu tak terkawal, suami tetak leher isteri sampai mati

March 23, 2022

The Reporter



Perasaan cemburu yang tidak terkawal mendorong seorang lelaki bertindak menetak leher isterinya sehingga mati dalam kejadian pada jam 10.50 malam Selasa, 22 Mac 2022 di Jalan Segama, Kota Kinabalu, Sabah.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan dari suspek berusia 31 tahun pada jam 11.47 malam yang memaklumkan dia telah membunuh isterinya. 


Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berusia 23 tahun mati berlumuran darah di atas tilam. 


Siasatan awal mendapati, suspek sebelum itu bertengkar dengan isterinya. Gagal mengawal kemarahan diri, suspek pergi ke dapur mengambil pisau lalu menyerang mangsa.


Mangsa mengalami kecederaan di leher kanan, muka dan luka di bahagian perut disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Ekoran itu, polis menahan buruh binaan terbabit yang dipercayai menyerang mangsa kerana motif cemburu. Turut dirampas sebilah pisau dan parang pemotong daging yang dipercayai salah satunya digunakan dalam kejadian itu. 


Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Sumber: Harian Metro



March 23, 2022 at 06:47AM

Previous
Next Post »
0 Komentar