The Reporter
Pengantin lelaki yang viral di media sosial hari ini kerana hantaran jambangan bunga duit berjumlah RM15,000 tampil menjelaskan dia tiada niat nak menunjuk, tetapi hanya mahu memberi kejutan kepada isterinya.
Mohammad Fitri Khairul Nizam Hisham, 23, berkata dia sebenarnya telah menempah gubahan hantaran itu daripada rakannya yang mengambil masa sehari untuk disiapkan.
Idea memberi hantaran berbentuk jambangan bunga duit itu adalah ideanya sendiri dan dia bersyukur gubahan itu dapat disiapkan sehari sebelum majlis akad nikah.
Dalam majlis akad nikah yang diadakan di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan, isterinya langsung tidak mengetahui gubahan itu.
"Ketika majlis akad nikah, saya hanya bawa bersama replika cek saja. Tetapi imam tanya mana wang mas hantaran dan sebab iu saya bawa keluar dari kereta untuk tunjukkan sebagai bukti," katanya.
Bagi menyiapkan gubahan itu, sebanyak 300 keping wang kertas RM50 diperlukan dan dia bersyukur gubahan itu dapat disiapkan oleh rakannya.
Gubahan itu juga dibuat bagi menyakinkan keluarga mentuanya bahawa dia benar-benar serius dalam mendirikan rumah tangga dan bersedia menjaga isterinya yang merupakan anak manja dalam keluarga.
Bagaimanapun ada netizen yang kurang senang dengan video tersebut sehingga ada yang menuduh lelaki itu riak. Fitri mengakui ada membaca komen netizen yang mempertikaikan ayat wang hantaran itu dan tidak menolak kemungkinan kekeliruan itu berlaku kerana tidak tahu kebiasaan masyarakat di Kelantan menyebut mas kahwin serta hantaran sebagai wang hantaran.
Sumber: Harian Metro
March 04, 2022 at 01:45PM
0 Komentar