'Saya terdengar jeritan kuat' - Mayat lelaki ditemui dengan kesan kelar di leher & tikaman di dada, isteri direman 7 hari untuk siasatan

April 03, 2021

The Reporter


Mayat seorang lelaki ditemui di hadapan rumahnya di Kampung Desa Makmur, Majidee, Johor, dengan kesan tikamanan di badan dan kelaran di leher, semalam, Sabtu, 3 April 2021. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, mangsa berusia 26 tahun ditemui oleh orang awam pada jam 8.25 pagi lalu mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian. 


Pemeriksaan di kawasan kejadian menemui pemotong kertas dan serpihan mata pisau. 


Susulan penemuan mayat mangsa, isteri mangsa yang berusia 30-an telah direman selama seminggu untuk membantu siasatan dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasatan. 


Keputusan ujian saringan air kencing pada wanita itu menunjukkan dia positif dadah. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil untuk menghubungi balai polis terdekat atau talian 07-2182323 untuk membantu siasatan. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sementara itu, ibu mangsa, Samsinar Bujang, 63, berkata mereka menyedari kejadian yang menimpa anaknya bernama Ruhaizat Rusli, pada jam 6 pagi selepas terdengar suara wanita menjerit meminta tolong. 


Sebaik saja meninjau keadaan di luar rumah, mereka mendapati Ruhaizat terbaring kaku.


"Saya terdengar suara perempuan menjerit dengan kuat. Saya sangka jeritan itu dari lebuh raya berdekatan kerana tidak mungkin anak menantu saya yang menjerit. 


"Anak sulung saya, Rudiriadi Rusli, 41, keluar rumah selepas mendapati isteri Ruhaizat menjerit meminta tolong. Kami terkejut melihat Ruhaizat terbaring berlumuran darah dan bergegas membawanya ke hospital.


"Malangnya Ruhaizat tidak dapat diselamatkan, saya sedih melihat keadaannya termasuk kesan kelar dan kecederaan di dada. Saya melihat mayatnya dan sempat menciumnya. Saya lap darah di kaki dan nampak kesan kelar di leher dan dadanya. Ketika itu ada cebisan paru-paru dan saya simpan untuk dikebumikan bersama jenazah," katanya.


"Ruhaizat seorang yang penyayang. Sebelum ini dia dan isteri pernah berselisih faham, namun kami tidak mahu menuduh sesiapa. Biar polis buat siasatan," katanya. 


Difahamkan, Ruhaizat dan isteri serta seorang anak mereka tinggal bersama dengan Samsinar, termasuk tiga beradik Ruhaizat. 


Kali terakhir Samsinar melihat anaknya adalah pada jam 4 pagi ketika dia pergi ke dapur untuk minum air. Isteri Ruhaizat juga pergi ke tandas dan memintanya membawa sabun.


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian



April 04, 2021 at 05:55AM

Previous
Next Post »
0 Komentar