The Reporter
Seramai 10 remaja yang memukul seorang remaja perempuan dalam video viral di Tanah Merah baru-baru ini telah ditahan selepas mereka tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, semalam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, seramai enam remaja perempuan dan empat lelaki yang berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan.
Sembilan daripada remaja yang ditahan masih bergelar pelajar dan dua telah berhenti sekolah. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan.
Salah seorang remaja terbabit disahkan positif dadah jenis methamphetamin. Punca pergaduhan juga dipercayai disebabkan berebut teman lelaki.
Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan merusuh.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
- (Video) 'Aku nak post, aku nak ugut dia' - Remaja ditolak, disepak sekumpulan remaja perempuan di pantai timur
- 'Kitorang marah sangat sebab dia tuduh kitorang dah tak ada dara' - Individu tampil ceritakan punca sebenar remaja perempuan dalam video viral disepak
- 'Kejadian berlaku di Tanah Merah' - Polis giat kesan 2 suspek pukul remaja perempuan
- 'Saya mohon maaf bagi pihak adik, dia janji tak buat lagi' - Abang suspek rayu semua pihak padam video viral
April 04, 2021 at 01:04PM
0 Komentar