'Bunuh dua-dua ini!' - Dua beradik dipijak bertubi-tubi, diugut bunuh oleh suspek

April 13, 2021

The Reporter


Viral di media sosial video dua beradik (lelaki dan perempuan) dipijak oleh seorang lelaki tanpa belas kasihan, mengundang kemarahan netizen. 


Dua video yang berdurasi 27 dan 16 saat itu menunjukkan, suspek lelaki terdahulu memegang sebilah pisau sambil merakamvideo dua mangsa yang sedang baring di atas tilam. 


Secara tiba-tiba suspek memijak mangsa pertama (perempuan) di bahagian paha dan mukanya dengan kuat sebelum mengalihkan kakinya ke bahagian leher membuatkan mangsa tercekik seketika. 


Mangsa kedua (lelaki) dipercayai anak bongsu juga diperlakukan sedemikian tanpa belas kasihan, menyebabkan dua beradik itu terpaksa menahan kesakitan dan menangis ketakutan. Suspek juga menyebut mahu membunuh dua beradik itu menggunakan pisau di tangannya. 



Berdasarkan maklumat dari individu yang memuat naik video tersebut, Nur Ayu berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di Sabah. Difahamkan pasangan itu telah bercerai dan anak-anak mereka menjadi mangsa keadaan. 



Di media sosial, netizen meluahkan rasa bimbang akan keselamatan dua kanak-kanak itu berikutan suspek dilihat tergamak mencederakan mangsa. Sekiranya tidak diselamatkan, dua beradik itu berisiko mengalami kecederaan yang lebih parah. 


Justeru, netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek sekiranya kejadian itu berlaku di negara ini. 


Sumber: Facebook Nur Ayu



April 13, 2021 at 01:30PM

Previous
Next Post »
0 Komentar