The Reporter
Hasil risikan yang dilakukan beberapa hari lalu berjaya menahan tiga wanita warga asing yang menjalankan aktiviti persundalan di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan Ops Noda yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) IPD Dang Wangi pada jam 5 petang kelmarin, wanita Uganda dan dua wanita Thailand ditahan.
Menurut Mohamad Zainal, tiga wanita terbabit berusia antara 20-an hingga 30-an. Kegiatan itu juga menggunakan khidmat wanita Bangladesh untuk menjaga premis dengan upah RM50 sehari, selain ditugaskan memantau kehadiran pihak berkuasa.
"Kegiatan persundalan ini dikesan aktif sejak 4 April dan mula beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang setiap hari. Pelanggan pula dikenakan bayaran RM50 untuk sekali perkhidmatan seks di hotel berkenaan," katanya.
Polis turut merampas telefon bimbit suspek yang mengandungi iklan tawaran khidmat seks.
Kesemua suspek ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi.
Sumber: Harian Metro
April 15, 2021 at 01:16PM
0 Komentar