The Reporter
Menunggu pasangan untuk memberikan komitmen dalam hubungan adalah satu permainan yang bosan untuk dimainkan. Kini, seorang wanita telah tampil mengambil tindakan undang-undang setelah teman lelakinya gagal menunaikan janji untuk mengahwininya.
Gertrude Ngoma, 26, dari Ndola, Zambia, mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap teman lelakinya, Herbert Salaliki, 28, yang juga bapa kepada anak mereka yang sebelum ini dikatakan telah berjanji akan berkahwin dengannya.
Difahamkan, tunangnya sudah muak dan membawa kes itu ke mahkamah pengadilan untuk menuntut penjelasan dari lelaki itu. Selain itu, Ngoma juga sudah bosan menunggu dan meragui kesetiaan Salaliki setelah dia mendapati lelaki itu menghantar SMS kepada wanita lain.
"Dia tidak pernah serius, itu sebabnya saya heret dia ke mahkamah. Saya berhak untuk tahu apa perancangan dia untuk masa depan kami," kata Ngoma.
Dalam pembelaannya, Salaliki menjelaskan dia sememangnya mahu berkahwin dengan Ngoma tetapi masih belum berkemampuan. Malah katanya mereka tidak berkomunikasi kerana Ngoma tidak memberi perhatian yang secukupnya pada dia.
Ngoma pula memberitahu mahkamah yang dia merasakan Salaliki tidak serius dalam perhubungan mereka walaupun dia telah membayar 'mas kahwin'.
Di Zambia, adalah perkara biasa untuk lelaki membayar 'mas kahwin' kepada keluarga tunang sebagai tanda bahawa mereka akan menjaga isteri mereka.
Walaupun pembayaran telah dibuat, pasangan itu tidak pernah tinggal bersama meskipun telah dikurniakan seorang anak di bawah jagaan Ngoma yang tinggal bersama ibu bapanya.
Salaliki tetap mempertahankan keputusannya itu, selain memberi alasan yang keadaan kewangannya masih belum stabil untuk mengadakan majlis perkahwinan. Salaliki enggan berkahwin dan menyalahkan Ngoma yang tidak memberi perhatian kepadannya, yang menurutnya wajar.
Disebabkan pasangan berkenaan masih belum berkahwin, pihak mahkamah tidak dapat melakukan apa-apa dan hakim menyarankan pasangan itu menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah.
Sumber: Daily Mail, Daily Star
December 09, 2020 at 03:35PM
0 Komentar