Stress dengan hutang, suami isteri usia remaja pukul bayi berusia 3 bulan sampai lebam

December 05, 2020

The Reporter


Stress dengan hutang dan masalah kewangan, sepasang suami isteri tergamak menganiaya bayi mereka sendiri yang ketika itu sedang tidur.


Penganiayaan terhadap bayi perempuan berusia tiga bulan itu berlaku pada malam Isnin, 30 November 2020 di Desa Sungai Mentawa, Daerah Bulik, Indonesia. 


Perbuatan pasangan berkenaan menggemparkan para penduduk berdekatan yang terdengar kekecohan itu, terus datang ke rumah mereka. Ketua Kampung yang tinggal berdekatan dengan rumah suspek juga datang bersama isterinya. 


Prihatin dengan keadaan mangsa, isteri ketua kampung kemudian mengambil bayi tersebut dan dibawa ke rumahnya untuk diberi bantuan. Pagi Selasa, mangsa dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan sebelum dirujuk ke hospital lain yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi. 


Pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami lebam di bahagian muka akibat dipukul oleh ibu bapanya yang masih berusia remaja itu. 


Berita penganiayaan mangsa turut tersebar di media sosial, mengundang kecaman dari pelbagai pihak. Kedua-dua suspek telah ditahan polis pada malam Khamis, 3 Disember 2020. 


Siasatan awal mendapati, pasangan itu sebenarnya masih belum bersedia untuk berumah tangga dan memiliki anak. Apatah lagi menghadapi masalah kewangan dan tekanan hidup. 


Nining Novitamala dari persatuan kebajikan pekerja setempat berkata, pasangan itu mengaku kesilapan mereka dan kejadian berpunca dari si suami yang ketika itu sedang stress sewaktu ditagih pembayaran hutang tilam.


Sedangkan dia hanya mempunyai wang sebanyak RM43 sahaja dan itu merupakan wang terakhir untuk mereka membeli susu anak. 


"Ketika sedang stress dengan hutang tilam, anaknya menangis dan tidak mahu diam. Akhirnya suspek bertindak memukul anaknya supaya diam," kata Nining. - Agensi



December 06, 2020 at 03:22AM

Previous
Next Post »
0 Komentar