The Reporter
Remaja lelaki berusia 14 tahun menikam dua adik perempuannya sehingga mati untuk membalas dendam terhadap ibunya kerana dia lebih memberi perhatian kepada dua mangsa berkenaan, menurut pihak berkuasa Mexico.
Braulio Ramirez ditahan pada Rabu lalu kerana membunuh Diana, 7, dan Guilleri, 12, di Tecamac sebuah bandar di Mexico.
Difahamkan, Ramirez yang tinggal bersama bapanya datang ke rumah ibunya, Erika, 38, untuk menjaga dua adik perempuannya sementara Erika keluar bekerja pada Ahad.
Sekembalinya Erika ke rumah, dia mendapati dua anaknya berada dalam tidak sedarkan diri di lantai lalu bertanya kepada Ramirez yang kemudian bertindak menikam dan memukul kepala ibunya dengan pistol.
Ramirez terus melarikan dari tempat kejadian dan ditemui bersembunyi di rumah rakannya di bandar lain, pada Rabu, 2 Disember 2020. Ramirez langsung tidak melawan ketika ditahan.
Dalam keterangannya, suspek memberitahu dia melakukan pembunuhan itu kerana Erika selalu memberi layanan yang berbeza kepadanya berbanding Diana dan Guilleri. Ramirez juga menaruh perasaan benci terhadap dua adik perempuannya itu kerana Erika terlalu menyayangi mereka berbanding dirinya.
"Saya terlalu bencikan ibu, sebab itu saya bunuh dua adik perempuan saya untuk membalas dendam terhadap ibu," katanya.
Pejabat Pendakwa Raya Mexico memaklumkan, Ramirez kini ditahan di pusat tahanan juvana di Zinacantepec. Ramirez yang bakal menginjak ke usia 18 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi dan akan dibicarakan sebagai orang dewasa.
Sumber: Daily Mail
December 06, 2020 at 04:37AM
0 Komentar