The Reporter
Pendakwa selebriti yang terpalit dengan kes cabul dan rogol beberapa wanita dilaporkan akan ditahan oleh pihak Polis Petaling Jaya, hari ini.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pendakwah selebriti itu akan ditahan semula berikutan terdapat dua laporan polis dibuat mangsa terhadap lelaki berusia 25 tahun itu.
"Polis daerah Petaling Jaya akan memohon reman terhadap suspek esok bagi membantu siasatan terbabit," katanya.
Akhir November 2020, polis menerima laporan berhubung kes yang sama dari guru dan penuntut kolej masing-masing berusia 22 tahun yang mendakwa telah menjadi mangsa rogol dan cabul lelaki itu.
Kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 377C, Seksyen 354 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Mengikut keterangan penuntut kolej itu, jam 1 pagi 17 Oktober 2020, dia dipelawa masuk ke rumah suspek untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan sebelum dicabul dan dipaksa melakukan seks oral.
Insiden yang menimpa guru wanita pula tidak didedahkan kepada umum.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN KES ROGOL DAN CABUL PENDAKWAH SELEBRITI
December 06, 2020 at 06:53AM
0 Komentar