The Reporter
Seorang ibu dikecam kerana membiarkan bayinya berada dalam keadaan tergantung dalam 'baby carier' yang disangkut pada belakang kerusi di sebuah bar tanpa dinyatakan lokasi dan tarikh kejadian.
Sementara wanita yang tidak didedah identitinya itu pula sedang asyik menikmati minuman dengan rakannya tanpa mempedulikan sedikit pun keadaan bayinya.
Gambar insiden itu dimuat naik di laman Reddit, mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam si ibu meskipun belum dapat dipastikan sama ada ia adalah bayi manusia atau sekadar patung sahaja.
Bagi netizen, tindakan wanita itu boleh mendatangkan bahaya kerana bila-bila masa ia boleh terjatuh terhentak ke lantai dan seterusnya mengalami kecederaan seperti gegaran pada otak.
Netizen turut menyalahkan lelaki terbabit yang dikatakan tidak menegur tindakan ibu bayi berkenaan walaupun menyaksikan sendiri perbuatan tidak bertanggungjawab rakannya itu.
Pun begitu, ada yang bergurau mengatakan mungkin itu bukan bayi wanita berkenaan. Kemungkinan pelanggan terakhir tertinggal anaknya secara tidak sengaja.
Tidak kurang juga yang tampil mempertahankan si ibu dengan alasan membawa bayi sepanjang hari adalah memenatkan dan tiada salahnya bayi itu diletak dalam keadaan tergantung seperti itu kerana dia kelihatan baik sahaja.
Sumber: Daily Star
December 08, 2020 at 03:13AM
0 Komentar