'Gaji tak cukup ke sampai nak songlap duit bantuan raya?' - Timb. Pengarah jabatan kerajaan ditahan SPRM

December 06, 2020

The Reporter


Seorang timbalan pengarah operasi sebuah jabatan kerajaan hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaaan menyeleweng peruntukan bantuan ‘duit raya’ bersempena Aidilfitri tahun ini berjumlah RM22,500.


Sumber SPRM berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM di Alor Setar.


“Suspek dipercayai telah salah guna kuasa dengan menyeleweng peruntukan duit raya daripada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.


“Namun, bantuan itu tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” katanya ketika dihubungi.


Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.


Sumber: Bernama



December 06, 2020 at 02:20PM

Previous
Next Post »
0 Komentar