Budak terjatuh dari koridor tingkat 4 di Presint 11, Putrajaya

December 04, 2020

The Reporter


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cedera akibat terjatuh dari tingkat empat di kediaman penjawat awam di Presint 11, Putrajaya, semalam. 


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, mangsa dilaporkan terjatuh dari rumahnya pada jam 5.20 petang ketika bermain di koridor. 


Difahamkan, mangsa pada waktu itu sedang bermain di korirdor dengan membaling botol. Botol tersebut terkeluar dari koridor ke sebelah tembok, lalu mangsa mengambil kerusi untuk memanjat tembok bagi mengambil botol tersebut. 


Namun, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh dan terhempas di kawasan tempat letak motosikal yang menyebabkan dia patah tulang selangka. Mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan keadaannya kini dilaporkan stabil. 


Pemeriksaan mendapati, berkemungkinan tulang belakang dan tulang rusuk mangsa patah. Pihak hospital masih menunggu keputusan daripada doktor. 


Semasa kejadian itu berlaku, bapa mangsa yang bertugas sebagai anggota polis sukarelawan di IPD Putrajaya, berada di rumah, manakala isterinya sedang bekerja. 


Sumber: Harian Metro



December 05, 2020 at 06:35AM

Previous
Next Post »
0 Komentar