Anggota polis wanita main Tik Tok ketika bertugas akan dikenakan tindakan tatatertib

December 06, 2020

The Reporter



Gara-gara memuat naik video aksi tarian untuk dimuat naik di laman Tik Tok, seorang anggota polis wanita dari Kontinjen Kelantan bakal berdepan dengan tindakan tatatertib.


Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, perbuatan anggota terbabit bukan sahaja menjejaskan imej jabatan, malah telah melanggar kod etika Polis Diraja Malaysia (PDRM). 


Beliau berkata, PDRM memandang serius perlakuan anggota wanita itu yang mempamerkan aksi tarian yang lengkap memakai uniform PDRM sewaktu menjalankan tugas. 


"Arahan Ketua Polis Negara sangat jelas bahawa terdapat larangan pegawai kanan dan pegawai rendah polis memuat naik serta perkongsian peribadi semasa memakai uniform di platform media sosial.


"Pihak jabatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik PDRM," katanya.


Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kelantan kini sedang menjalankan siasatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



Sumber: Kosmo Online



December 06, 2020 at 05:57PM

Previous
Next Post »
0 Komentar