The Reporter
Doktor dari Hospital Rakyat Wuxi di Jiangsu, China, mengeluarkan organ itu selepas pesakit lelaki berusia 52 tahun meninggal dunia akibat masalah paru-paru.
Video yang dirakam oleh doktor bedah itu telah ditonton lebih dari 25 juta kali di media sosial dan netizen menganggap video itu sebagai video kempen kesedaran akan bahayanya merokok, yang paling hebat dan bekesan.
Video itu dimuat naik oleh pihak hospital berkenaan dengan kapsyen, "Adakah anda masih berani untuk merokok?"
Difahamkan, pesakit itu sebelum ini telah bersetuju untuk mendermakan organnya selepas dia meninggal dunia. Tetapi pihak perubatan menyedari organnya itu tidak dapat digunakan lagi.
Doktor Chen, pakar bedah dan juga timbalan presiden bagi fasiliti berkenaan mengetahui pembedahan tersebut berkata, "Pesakit tidak menjalani CT scan sebelum meninggal dunia. Otaknya disahkan mati dan paru-parunya didermakan tidak lama selepas itu.
"Ujian ndeks pengoksidaan pada awalnya berjalan lancar. Namun sebaik saja paru-paru itu dikeluarkan, kami mendapati ia tidak dapat lagi digunakan," katanya.
Doktor Chen juga memuat naik video itu di media sosial sebagai peringatan kepada semua akan bahayanya merokok.
"Kebanyakan perokok di seluruh negara mempunyai paru-paru yang kelihatan seperti ini. Pasukan kami memutuskan tidak akan menerima paru-paru seperti ini untuk didermakan.
"Sekiranya anda merupakan perokok tegar, paru-paru anda tidak akan diterima walaupun anda memilih untuk mendermakannya selepas anda mati.
"Lihatlah paru-paru ini, adakah anda masih berani nak merokok?" katanya.
Sumber: Daily Mail
November 19, 2019 at 06:27AM
0 Komentar