'Video itu lakonan saja, bayaran pun sangat lumayan' - Andika tampil beri penjelasan

November 19, 2019

The Reporter


Susulan dikecam oleh netizen berhubung video promosi produk dewasa, salah seorang individu dalam video tersebut tampil memberi penjelasan. 

Dalam kenyataan dimuat naik di Instagram, Andika Putera berkata, video promosi itu sekadar lakonan sahaja dan skrip itu juga disediakan oleh pihak produk berkenaan. 

"Tengok kat Facebook, kena kecam teruk-teruk. Saya tengok senyap sahaja. Siapa yang kenal saya depan, support saya, saya nak cakap terima kasih sangat-sangat. 

"Video itu adalah lakonan dan skrip diberi kepada saya dan Nadira Isaac. Love bite itu semua make up sahaja. Tak betul pun. Bayaran kepada kami berdua pun sangat lumayan untuk satu video yang panjangnya hanya satu minit. 

"Kalau korang di tempat saya pun, korang akan ambil juga tawaran berlakon untuk produk itu.

"SIapa yang kenal saya depan-depan, tahu saya ni macam mana. Social media dan real life sangat-sangatlah fake! Jangan menilai orang dalam media sosial. Saya pun tak pernah nak menilai orang dalam Instagram atau Facebook je sebab depan mata saya sendiri, saya dah jumpa ramai gila orang dalam Instagram lain, depan-depan ya Allah lain sangat-sangat. So, don't judge book by cover," katanya. 



Tengok kat fb, kena kecam teruk2 . Saya tengok senyap sahaja. Siapa yang kenal saya depan, support saya, saya nak cakap terima kasih sngt sngt. Video @sp3m_juzz itu adalah lakonan dan script diberi kepada saya dan @nadiraisaac . . Lovebite semua tu makeup sahaja. Tak betul pon. Bayaran kepada kami berdua pon sangat lumayan untuk 1 video yang panjang hanya 1 minit. Kalau korang tempat Dika pon, korang akan akik jugak tawaran berlakon untuk produk @sp3m_juzz ni. Siapa yang kenal Dika depan2 tahu Dika ni macam mana. . Sosial media dan real life sangat2 lah fake! Jangan nilai orang dalam media sosial. Dika pon tk pernah nak nilai orang dalam ig or fb je, sebab depan mata dika sendiri, dika dah jumpa ramai gila orang dalam ig lain, depan2 yaAllah lain sngt sngt. So, Don’t judge book by cover☺️
A post shared by MUHAMAD ANDIKA PUTERA (@andikaputeraa) on

Terdahulu, video Andika dan Nadira mempromosikan produk dewasa dengan menggunakan dialog kurang sesuai mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengganggap mereka tidak sensitif, seolah-olah mengajak masyarakat melakukan hubungan intim sebelum berkahwin. 


LAPORAN BERKAITAN


November 19, 2019 at 11:30AM

Previous
Next Post »
0 Komentar