Polis tak boleh periksa handphone orang awam sewenang-wenangnya - Timb. Menteri KDN

November 19, 2019

The Reporter


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman menafikan laporan media yang melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh memeriksa telefon bimbit orang awam dengan sewenang-wenangnya. 

Azis berkata, media tersalah tafsir dan menggunakan tajuk yang boleh mengundang kekeliruan orang ramai. 

Tegasnya, pihak polis tetap tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila perlu membuat pemeriksaan telefon bimbit orang awam sekiranya terdapat laporan polis yang mengesyaki peranti itu digunakan untuk menyebarkan perkara yang tidak betul, bukannya pemeriksaan yang dibuat secara sewenang-wenangnya. 

"Ia berdasarkan kepada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memeriksa telefon bimbit seseorang semasa menjalankan siasatan dan semasa menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam. 

"Saya maksudkan, polis juga boleh mengambil tindakan berdasarkan peruntukan Seksyen 103, 104 dan 106 Kanun Tatacara Jenayah," katanya. 

Semalam, agensi berita Bernama memetik Azis berkata, PDRM berhak menyemak telefon bimbit orang awam untuk memastikan tiada sebarang bentuk komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan orang lain dan negara. 

Justeru, Azi menasihatkan pengamal media perlu lebih berhati-hati dan teliti ketika membuat laporan agar tidak berlakunya kekeliruan dalam kalangan masyarakat. 

Sumber: MalaysiaKini

LAPORAN BERKAITAN


November 19, 2019 at 01:21PM

Previous
Next Post »
0 Komentar