The Reporter
"Apa juga yang dibuat secara berlebihan akan jadi kurang baik. Samalah dengan kad debit I ni, jika digunakan berlebihan, pasti akan mendatangkan kemudaratan," kata saya sambil berseloroh.
Tersengih-sengih manis isteri saya dalam kereta depan Watsons tadi.
Sambil memegang Daisy dalam kereta, saya perhatikan dia berlalu masuk ke dalam Watsons. Gembiranya saya kerana mampu menggembirakan dia. Saya tahu, tak banyak mana pun dia belanja dalam tu. Cukup pencuci muka dan benda alah lain yang saya tak faham atau tak tahu apa fungsi dia pun.
Itu tak penting bagi saya asalkan ianya penting bagi dia. Biarlah dia bebas dalam tu pilih apa yang dia rasa perlu tanpa ada sebarang gangguan.
Saya sentiasa berterus-terang mengenai tahap kewangan saya. Jadi, dia sedia maklum kemampuan saya. Bekerja seorang dan menanggung isteri serta 3 orang anak di bandar bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi Alhamdulillah, apabila kita letak isteri kita di tempat yang paling utama, pasti ada bahagian untuk dia. Saya juga percaya, di dalam setiap inci rezeki yang saya terima, ada rezeki isteri juga.
Kerap kali para suami merasakan tidak mampu untuk buat sebegini. Ini kerana ianya tidak dianggap penting dan kedudukan kepentingan itu ditolak ke bawah. Sudah pastilah perkara lain akan diselesaikan dahulu sebelum sampai ke keperluan kegembiraan isteri ini.
Mula letakkan isteri dan keperluan kegembiraannya di tempat tertinggi. Ini kerana, isteri pasti sentiasa meletakkan kegembiraan suaminya di tempat yang teratas juga.
Hasilnya, yang suami gembirakan isteri, yang isteri pun gembirakan suami. Bukankah ini yang kita semua mahukan?
Kongsikan penulisan ini. Buat inspirasi kepada semua. Semoga lebih ramai suami mencari alasan untuk menggembirakan isteri. Alasan saya pada kali ini ialah 11.11.
Carilah alasan-alasan seperti ini.
Sumber: Akhtar Syamir
November 14, 2019 at 06:10AM
0 Komentar