Wanita dibunuh bekas semua kerana enggan rujuk semula

September 12, 2019

The Reporter


Mayat seorang wanita yang ditemui dalam timbunan bantal di rumahnya dipercayai dibunuh suspek kerana tidak mahu rujuk semula. 

Mayat mangsa, Nor Hidayah Ahmad, 30, ditemui dibungkus dengan selimut dan ditutup dengan timbunan bantal sebelum ditemui oleh bapa mangsa. 

Menurut sumber Harian Metro, suspek telah datang beberapa kali ke rumah untuk memujuk mangsa merujuk kembali hubungan mereka. Tetapi mangsa menolak dan berlaku pergaduhan di antara mereka menyebabkan mangsa dibunuh. 

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat hentakan objek tumpul, tetapi tidak serius, selain beberapa kesan lebam di jari tangan kanan. 

Mangsa disahkan meninggal dunia kerana lemas akibat saluran pernafasan ditutup atau asphyxiation due to smothering. 

Polis kini sedang giat memburu bekas suami mangsa, Zulkifli Joned untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


September 13, 2019 at 03:29AM

Previous
Next Post »
0 Komentar