The Reporter
Dalam kejadian yang berlaku di Bachok, Kelantan pada 31 Julai lalu, orang ramai mengambil kesempatan untuk merembat tin-tin susu tersebut tanpa kebenaran pemiliknya sehingga pemilik lori dan anaknya terpaksa merayu agar tin-tin susu itu dipulangkan.
Ini kerana mereka perlu menanggung kos kerugian sebanyak RM120,000. Dan difahamkan ada yang memulangkan barangan itu selepas membaca rayuan tersebut di akhbar atau media sosial.
Berbeza pula dengan kejadian yang berlaku di Nanjing, China pada 1 Ogos lalu. Kejadian yang sama di mana lori membawa muatan air pepsi membelok ke kanan melebihi had kelajuan menyebabkan sebahagian muatannya terjatuh di tengah jalan.
Sekumpulan pejalan kaki dan pengguna jalan raya yang ternampak kejadian itu datang membantu mengutip semula botol-botol air itu dan diletakkan di tepi jalan.
Biarpun cuaca pada ketika itu 38'C, mereka berusaha membantu mengutip kesemua botol-botol itu tanpa merembatnya. 20 minit kemudian, kesemua botol itu berjaya dikumpulkan semula.
People help pick up bottles of soft drink scattered on road in east China pic.twitter.com/L55B9YGSfQ— China Xinhua News (@XHNews) August 1, 2019
Di media sosial, netizen memuji tindakan orang awam yang membantu dan berharap orang ramai menjadikan perkara itu sebagai contoh, bukannya merembat barang orang tanpa kebenaran.
Sumber: China Xinhua News
August 05, 2019 at 03:41AM
0 Komentar