The Reporter
Gara-gara kemalangan kecil yang berlaku di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan di Kajang, dua lelaki bergelut sehingga salah seornag daripadanya maut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 tengah hari semalam, kereta yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu terbabit dalam kemalangan dengan seorang lelaki berusia 40 tahun.
Berlaku perselisihan faham di antara kedua-dua pihak yang membawa kepada pergelutan di antara mereka.
Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu dari sebuah hospital di Nilai pada jam 3.40 petang yang memaklumkan seorang lelaki meninggal dunia.
Siasatan awal mendapati mangsa terbabit dalam pergaduhan dengan lelaki itu kerana tidak berpuas hati selepas terbabit dalam kemalangan.
Susulan itu, lelaki berusia 40 tahun itu dan isterinya berusia lingkungan 30-an ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, menurut fakta kes yang dikongsikan oleh Khairul Azri di Facebooknya:
INDIVIDU TERLIBAT
M1 - Pemandu Toyota Innova : Yew Wei Liang, 41 tahun, Seri Kembangan
M2 - Pemandu Perodua Axia : Syed Muhammad DAnial Syed Syakir, 29 tahun, Shah Alam
RINGKASAN KEJADIAN
Pada 10/08/2019 jam lebih kurang 2.10 petang, terima maklumat dari Trafik Lebuhraya satu kes kemalangan melibatkan pergaduhan antara dua pemandu kerea di KM 293.5 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban di mana M1 dipukul dengan kayu besbol oleh M2 dan M2 telah dilanggar oleh M1. M2 telah dibawa ke hospital.
Siasatan mendapati semasa kejadian, M1 memandu keluar dari Tol Bangi menuju ke Seremban. Sejurus keluar dari Tol Bangi, kereta M1 hampir dilanggar oleh kereta M2. M1 membunyikan hon dan dibalas oleh M2 dengan isyarat lucah jari tengah kepada M1.
M1 tidak berpuas hati lalu berlaku kejar mengejar di antara M1 dan M2. Sampai di KM293.5 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, berlaku perlanggaran antara kedua-dua kenderaan. Lalu M1 dan M2 turun dari kereta dan berlaku pergaduhan antara M1 dan M2 di lorong kanan lebuhraya.
Selepas pergaduhan, M2 mengambil kayu besbol dari bonet keretanya dan memukul bahagian hadapan kereta M1, menyebabkan M1 takut dan menekan pedal minyak lalu melanggar M2 yang berada di hadapannya.
M2 terpelanting jatuh di tengah pembahagi jala dan dibawa ke Nilai Medical Centre dan M2 disahkan mati di hospital tersebut.
im begging guys please rt this and find the pakcik in the blue shirt, he’s the only witness that knows the story from the start, based on what the doctor said my arwah brother was beaten really bad in the ribs and head area, please guys help me find justice for my brother in law. pic.twitter.com/hhiLAKPQMU— fizie (@fizieYung) August 10, 2019
Sumber: Harian Metro, Khairul Azri
August 11, 2019 at 01:02AM
0 Komentar