The Reporter
ANTARA yang paling kuat dendam. I almost went crazy the last time it haunted me. Psstt! Tell your kids don't toss around some strange nisan or he'll pay you a visit.
Hm, aku tak tahu bila aku janji nak share cerita but yeah, since ramai yang peras ugut nak hantui aku, okeylah aku cerita. Actually tak tahu nak mula dari mana dan maaf eh kalau tak seram. Korang yang meminta kan, ha hadaplah kekecewaan.
Mula dari latar belakang aku sedikit. Aku masa ni jenis budak nakal dalam diam. Dah tu pula jenis suka menyendiri, main seorang diri. Since cousin semua perempuan, acceptable la kan nak main dengan diorang, kekok ui semua main barbie.
Arwah atok aku ni dengarnya bekas tentera atau someone used to be involved in one la since masa dulu kan perang etc. So he of courselah ada 'pasang' few benda. Antaranya pendamping (dari bapa dia), saka rimau dengan mawas. Dia orang ada-ada so bapa sayang lebihlah kot.
Okey, syarat pewaris dia mestilah lelaki sulung dalam keluarga setiap generasi. Sebelah nenek aku pula, complicated sikit. Keturunan diorang jenis pendekar perempuan gitu. Dia cari calon perempuan sulung. Tetapi ada masanya, asalkan ada title sulung itu kira on je.
Nak dijadikan cerita, aku memanglah anak bongsu tetapi dalam susur galur keluarga, aku cucu lelaki yang paling sulung dan dilahirkan pula oleh anak sulung (mak aku Kak Long).
Jadinya, ngamlah dengan requirement dia sikit sebanyak. Dalam setiap generasi, seorang calon akan dipilih sebagai tuan dek pendamping itu dan orang itu akan hadap satu ujian mana kononnya mata hijab terbuka sekejap dari baligh sampai cukup umur 17 gitu.
Mak cakap, banyak generasi dah sebelum aku. Setiap lelaki dalam keluarga jadi gila sebab tak boleh tahan. Aku hampir saja.
Okey, done intro, sorry panjang. Kena cerita kang korang cakap macam-macam pula mai tak mai mengaku boleh tengok hantu.
13-14 tahun lalu, aku macam biasa main seorang diri di belakang rumah. Lupa nak beritahu, kawasan rumah tu kawasan kubur lama tetapi semua dah tenggelam dan dijadikan mini perkampungan sebab jumlah rumah adalah dalam lingkungan 9-10 buah saja.
Nak dijadikan cerita, hari itu aku jumpa besi mengumpil. Aku dengan bahagianya tikam-tikam tanah, dok feeling Power Rangers masa tu, kononnya senjata sakti.
Cucuk- cucuk, umpil-umpil nah kau! Seketul cebisan batu nisan lama saiz lebih kurang 20% saja. So as a kid, kau ingat aku kisah?
Ingatkan batu biasa, so dengan lagak gagahnya aku lempar dalam sungai belakang rumah (masih dalam angan-angan Power Rangers tu). Selepas je swing benda tu, tiba-tiba rasa tak senang nak duduk, berdebar saja rasa. Tiba-tiba teringat nenek ada pesan,
"Kau kalau nak main, jaga tingkah laku. Sini dulunya kawasan kubur lama. Apa kau jumpa, tinggal tempat kau jumpa, jangan usik."
Ya Tuhan! Baru nak teringat, berpeluh jugalah time tu but life moves on kan. So aku buat biasa macam tak ada apa-apa.
Waktu maghrib tiba-tiba angin menderu macam ribut. Sumpah aku taubat nak menangis masa tu. Then dalam angin kuat itu, terdengar suara Kak Arah menjerit. Yes, bagus sangat. Dia kena rasuk, panjat pokok pinang menjerit minta barang dia balik.
Kak Arah ni jiran kitorang. Mostly kubur di situ, kubur segala tok nenek keturunan dia dan dalam keluarga dia, dia seiras dengan moyang dia. Jadi selalulah juga dia kena rasuk dengan arwah, kata orang. Orang yang pernah kena rasuk ni, tendency nak jadi rumah persinggahan sangatlah tinggi ye.
So bila apa-apa terjadi di area kampung itu, dia mesti kena rasuk. Orang yang berubat dia cakap, ada benda yang diambil tapi since aku tak beritahu sesiapa, so semua cakap tak tahu. Ustaz cakap tak apalah, dia cuba apa yang patut dan kemudian bersurai.
Tengah malam itu, angin kuat melanda sekali lagi. Kali ini di rumah kami. Aku terdengar bunyi benda bergolek atas bumbung zink tetapi tiada sesiapa yang dengar. Aku dengar macam.. kau tahu makhluk sedang bergaduh? Begitulah, macam nak roboh rumah .
Aku mengadu pada mak tetapi mak kata aku mengarut. Aku sebenarnya dapat tengok benda ni semua lebih awal dari usia sepatutnya. So mak aku tak percaya dengan apa yang aku cakap. Kemudian aku pun masuk ke bilik, nak tidur. Bilik aku jenis semua tingkap kayu tetapi ada batang besi, dia pakai cangkuk.
Ada tiga pasang tingkap. Dua tak bercangkuk, jadi aku ikat dengan tali kasut bila maghrib. Satu tingkap menghadap betul-betul tanggal uar rumah, dua lagi menghadap pokok mempelam. Langsuir suka peluk (kalau rajin, aku cerita).
Then selepas seketika, bunyi di atas zink senyap. Tiba-tiba suasana menjadi hening semacam. Oh, pak belang dengan panglima dah settle kot?
Namun dalam jam 2-3 pagi itu, tiba-tiba aku terbangun sendiri dan perasan di atas kepala macam ada cahaya lampu tangga masuk. Aku dengan mamainya bangun pergi jenguk. Pelik juga, rasanya macam dah ikat tingkap ni.
Dengan mata kuyunya nak tutup tingkap, aku ternampak cikcong berdiri tegak di depan pintu rumah! Mind you, some people cakap cikcong ni tak boleh masuk selagi tak dijemput. Heheheheheeeeee!
Aku pun tarik tingkap laju-laju, ikat balik. Paksa diri tidur. Kemudian tingkap yang menghadap pokok mempelam itu berbunyi macam terlanggar benda padu atau macam kau hentak dengan bantai. Menggigil jugalah sebab tahu amende yang hentak-hentak tu. Aku macam oh shit! Aku nak mati dah ke? But nothing happens afterwards.
Things constantly happen for few days until one day, aku start jalan dalam tidur. Aku tak sedar pun. Yang aku tahu aku mimpi dengar satu suara minta aku kutip balik benda yang aku campak dalam sungai itu.
Aku tidur kebiasasnnya buka pintu. Malam itu aku tidur di jalan nak keluar ke pintu utama. Tapi bila nak keluar, pintu dikunci. Mak aku cakap, puas jugalah aku goncang-goncang hempas nak buka pintu. Mengamuk menjerit nak keluar. Apabila parent aku tegur, aku terus terkulai. Sejak itu, aku tidur malam, parents aku lock dari luar.
Bilik aku ni ada pintu tengah yang menghubungkan dengan bilik kakak aku. Ada satu kali itu, kakak terjaga sebab dengar bunyi macam orang ketuk-ketuk dinding bilik aku. Dia buka nak jenguk, nampak aku berdiri kejung macam cikcong, hentak kaki dekat dinding. Masa ini aku masih belum beritahu ibu bapa. Degil kan?
Mak aku mula berasa pelik dengan aku sebab macam-macam benda yang berlaku. Mak tanya nenek aku, nenek kata mungkin masuk fasa cubaan yang ku mentioned awal-awal tu pasal mewaris benda ini semua.
Satu malam, bapa aku dengar bunyi ornag ketuk pintu tapi bunyi macam kau tahu bila kau panik then kau ketuk laju-laju. Aku tahu dah bunyi apa dan pesan kat abah jangan buka. Tak lama kemudian, senyap.
Jeng jeng jeng.. ini yang best. Tengah malam tu, dia ketuk macam nak rebah pintu. Bapa aku yang tengah sedap tidur, dia macam benganglah kan. So dia kata,
"Ha kau ketuklah pintu tu, kau ketuk. Kalau boleh masuk, kau masuklah!"
Hahahaha! Ini yang silapnya. Kan aku kata, benda tu kalau tak jemput tak boleh masuk kan? Haa ni abah dah jemput dia masuk, macam mana?
Start dari situlah aku jadi lebih teruk. Aku pernah tengah tidur ni, berdiri terpacak atas katil macam dia, terloncat-loncat (kakak aku cerita).
Sampai satu tahap aku dah tak tahan, aku cerita kat nenek. Nenek aku kuat sembahyang dan sebelum arwah atuk meninggal, arwah ada ajar nenek sikit tentang benda macam ni. Kau tahu tak, nenek aku hamun aku cukup-cukup. Then maghrib tu nenek tinggalkan aku di luar rumah. Aku takut sebab mungkin malam itu malam kemuncak dan kebetulan pula malam bulan mengambang. Jiran aku, Kak Arah, dah meroyan macam nak gila masa tu.
Then masa orang nak berubat itu datang, nenek aku halang. Dia kata, yang nak diubatkan itu bukan Kak Arah, but guess who? Me! Dia sengaja tinggalkan aku di luar nak bagi benda itu datang dekat aku. Jadinya mudahlah nak berinteraksi.
Dipendekkan cerita, diorang pun berkomunikasilah dengan benda itu melalui aku. Peliknya, aku sedar tau tetapi yang menjawab diorang bukan aku. Dia cakap dia nak nisan dia balik dan letakkan di tempat aku jumpa. Tengah malam itu juga diaa nak aku buat sendiri!
Nenek kurung aku di luar sebab benda arwah atuk aku lindung rumah tu. So dia tak boleh nak masuk terus. Sebab tu dia biarkan di luar.
Malam itu, dengan menangisnya aku turunlah ke sungai ikut laluan pokok buluh. Cari-cari tengok ada tersangkut di akar pokok kekabu tua. Then tak jauh dari situ aku nampak kelibat dia tegak tenung aku.
Masa itu aku nak lari balik dah tetapi nenek aku tegah. Katanya cikcong berdendam dengan aku. Aku je yang boleh settlekan apa yang aku dah mulakan. Kalau tak, dia akan kacau sampailah aku jadi gila. Menangis-nangis aku masuk sungai ambil benda itu dan letakkan semula di tempat yang aku jumpa. Keesokkannya, bangun siang aku pergi tengok dah tak ada batu itu.
Moralnya, jangan nakal macam budak bodoh. Padan muka korang sebab cerita tak seram. Aku tak reti nak cerita. Actually sampai ke sekolah dia buru, biasalah berbulan kot benda tu berlanjutan. Degil kan aku? Bye.
Sumber: @dnnathaniel
August 06, 2019 at 03:26PM
0 Komentar