'Rasa ada benda di kaki, pastu dia terus jatuh longlai' - Kaki budak dipatuk ular

August 05, 2019

The Reporter


Gambar kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun bengkak dan melepuh akibat dipatuk ular tersebar di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 pagi di dapur rumah, ibu saudara mangsa, Aina Sofia, berkata, mangsa sebelum itu sedang membasuh tangannya dan tiba-tiba terjatuh selepas terasa sakit di bahagian kaki. 

"Dia pergi dapur nak basuh tangan, tiba-tiba dia rasa macam ada benda dekat kaki. Kemudian dia terus jatuh longlai sebab dia rasa kaki sakit sangat. 

"Kemudian dia menjerit memanggil ibunya dan sambil menangis memberitahu ada sesuatu yang mematuk kakinya. 

"Kakak saya pun periksa bawah sinki di dapur dan ternampak ular hitam itu sebelum segera menghubungi ambulans. 

"Dia kemudian minta tolong jiran untuk bunuh ular itu, selepas itu dia terus bawa anak dia pergi ke hospital. 

"Dipendekkan cerita, anak saudara saya itu baru saja selesai pembedahan petang tadi," tulisnya di Twitter. 

Ada pelbagai faktor yang mengundang kehadiran reptilia itu di rumah antaranya persekitaran rumah yang kotor dan dipenuhi semak samun sekali gus menjadikan kawasan itu sebagai tempat berlindung untuk ular dan mengundang bahaya kepada penghuni. 

Selain itu, faktor cuaca panas turut menjadi penyumbang reptilia itu keluar dari habitat dan singgah di kawasan rumah untuk menumpang buat sementara waktu. 

Sumber: Aina Sofia


August 05, 2019 at 02:45PM

Previous
Next Post »
0 Komentar