Miri catat indeks pencemaran udara paras bahaya

August 10, 2019

The Reporter


Sejak jam 2 pagi hingga 12 tengah hari Sabtu, kawasan di Miri, Sarawak mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) bahaya. 

Bacaan IPU tertinggi yang diambil dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan antara 307 hingga 392. 

Sementara itu, kawasan lain seperti Sekolah Kebangsaan Baram, Sarawak dan Johan Setia di Klang mencatatkan IPU tidak sihat masing-masing 109 dan 134 sehingga jam 12 tengah hari tadi. 

Manakala kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana sejak pagi hingga tengah hari ini. 

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan pada paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 300 ke atas berbahaya. 

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai bacaan IPU terkini di kawasan masing-masing yang dikemas kini setiap masa, boleh melayari laman http://apims.doe.gov.my. 

Sumber: Harian Metro


August 10, 2019 at 09:05AM

Previous
Next Post »
0 Komentar