The Reporter
Seorang lelaki di India tergamak mempertaruhkan isterinya sendiri ketika berjudi dan apabila tewas, dia memberi keizinan untuk rakan dan saudara maranya merogol mangsa.
Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu tinggal berdekatan dengan Balai Polis Zafarabad di Jaunpur, Uttar Pradesh, India, mendakwa suami berada di pengaruh alkohol pada hari kejadian dan rakannya, Arun serta saudaranya, Anil, kerap datang ke rumah mereka.
Menurut laporan media tempatan, selepas kejadian itu mangsa terus pergi ke rumah bapa saudaranya. Namun si suami mengekorinya dan cuba memujuk mangsa serta mengakui kesilapannya.
Mangsa bersetuju untuk pulang semula ke rumah selepas mendengar permohonan maaf dari lelaki itu. Malangnya, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, si suami memberhentikan kenderaannya di satu tempat dan mengizinkan rakan-rakannya sekali lagi memperkosa mangsa.
Pada awalnya, polis enggan mengambil menerima laporan polis yang dibuat mangsa, tetapi akhirnya terpaksa juga menerima setelah mangsa membawa perkara itu ke mahkamah.
Sumber: Daily Mail
August 06, 2019 at 06:55AM
0 Komentar