Gagal tunai manifesto, penduduk ikat & botakkan kepala ahli politik

August 07, 2019

The Reporter


Gagal tunai janji naik taraf jaringan jalan sepanjang 2 kilometer di di pekan kecil La Laguna, penduduk ikat Datuk Bandar di sebatang tiang. 

Dalam kejadian yang berlaku di Chiapas, Mexico, Datuk Bandar Siltepec, Pedro Damian Gonzalez Arriaga sebelum itu melawan pekan tersebut. 

Difahamkan, Pedro pada kempen pilihan raya lalu pernah menaburkan janji tersebut dan pada lawatannya itu, penduduk mendesak supaya wang dalam tabung khas diperuntukkan untuk menaik taraf jaringan jalan raya sepanjang 2 kilometer. 

Namun, Pedro memberikan alasan bahawa cadangan itu hanya akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dalam bajet perbandaran. Malah dia memaklumkan kerja-kerja menaik taraf itu hanya membabitkan jalan raya sepanjang satu kilometer dan berjanji akan mencari peruntukkan tambahan bagi memenuhi permintaan penduduk. 

Berang dengan jawapan Pedro dan merasakan diri mereka ditipu, penduduk mengikatnya pada sebatang tiang besi di dataran utama Siltepec. Kepalanya turut dibotakkan.

Bukan itu sahaja, malah penduduk juga mendakwat Pedro gagal memperbaiki sistem pengangkutan awam serta beberapa projek berkepentingan awam. 

Pedro juga dituduh menggunakan dana awam untuk menghias pejabatnya. 



August 08, 2019 at 03:46AM

Previous
Next Post »
0 Komentar