'Dia tolak sampai saya terjatuh' - Wanita hamil 9 bulan dakwa dimaki & dikasari pemandu Honda Civic JTM****

August 06, 2019

The Reporter


"Dia meluru ke arah saya yang berada di atas motosikal dan terus tolak sehingga saya terjatuh," kata wanita hamil yang mendakwa dikasari oleh pemandu Honda Civic. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 petang Isnin di kawasan tempat letak kereta berdepan dengan Family Mart Jalan Molek, Taman Molek, Johor, mangsa yang mengandung sembilan bulan, telah membuat laporan di Balai Polis Taman Johor Jaya. 

"Berlaku sedikit salah faham antara saya dengan dia di mana punca perselisihan faham itu adalah kerana parking. 

"Lelaki itu telah memarahi saya dengan kata-ata kesat kerana saya menghalang laluan parking dia. 

"Setelah lelaki itu keluar dari Family Mart, tiba-tiba dia meluru ke arah saya yang sedang menolak motosikal sehingga saya terjatuh. Saya bangun dan dia sekali lagi datang melempang serta menolak kepala saya. 

"Untuk makluman, saya mengandung sembilan bulan dan sedang menunggu masa. Saya tidak mengalami sebarang kecederaan, namun tidak berpuas hati kerana lelaki itu berkata dia tidak kisah jika saya buat laporan polis kerana dia ada mengenali pegawai kanan berpangkat DSP," katanya. 


Sumber: Borneo 8888


August 07, 2019 at 06:46AM

Previous
Next Post »
0 Komentar