The Reporter
Clauvino da Silva, 43, cuba melarikan diri dari penjara yang mempunyai kawalan paling ketat di Rio de Janeiro pada petang Sabtu lalu dengan memakai pakaian wanita, rambut palsu dan topeng silikon yang menyerupai anaknya seperti yang digunakan oleh pelakon Tom Cruise dalam filem Mission Impossible.
Clauvino cuba melarikan diri ketika waktu melawat di mana pada ketika itu dia menerima tujuh pelawat termasuk anak perempuannya dan wanita hamil.
Jurucakap Jabatan Pentadbiran Penjara Negeri Rio de Janeiro berkata, "Dia kelihatan kekok walaupun berwajah perepuan. Pengawal penjara curiga terhadap penampilannya terutama apabila dia dikelilingi tujuh pelawat wanita yang seolah-olah mahu melindunginya ketika berjalan keluar."
Penampilan 'perempuan' itu nampak menyakinkan kecuaian pada bahagian wajahnya di mana mulut dan otot mukanya tidak bergerak ketika dia membalas arahan ejen supaya membuka pakaian selepas ditahan.
Selepas pakaiannya dilucutkan, terserlah kulit tangannya bertatu dan kelihatan lebih gelap berbanding wajahnya.
Tujuh pelawat wanita lain dengan salah seorang daripada mereka berpura-pura hamil menyembunyi segala peralatan samaran di bawah baju.
Difahamkan, wanita hamil yang melakukan lawatan di penjara itu tidak perlu menjalani pemeriksaan badan.
Ekoran perbuatan Clauvino terbongkar, kesemua suspek termasuk anak perempuannya ditahan.
Clauvino pada Februari 2013 pernah melarikan diri bersama 31 banduan lain melalui pembetong kumbahan tetapi berjaya ditahan semula dan dijatuhkan hukuman penjara 73 tahun 10 bulan.
Bagaimanapun, Clauvino dilaporkan mati di sel penjaranya semalam dengan menggantung dirinya menggunakan kain cadar.
Sumber: Daily Mail, Harian Metro
August 07, 2019 at 03:38AM
0 Komentar