Budak dibelasah sampai mati oleh ibu tirinya kerana makan terlalu 'SLOW'

August 08, 2019

The Reporter


Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dari Shandong, China, dibelasah ibu tirinya sehingga mati dengan menggunakan batang besi selama sejam kerana makan terlalu perlahan. 

Terdapat kesan lebam pada badan mangsa dan dihantar ke hospital oleh bapanya sebelum doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia. 

Mangsa yang dikenali sebagai Guo Mou, sebelum itu sedang makan tengah hari bersama keluarganya apabila suspek berkata, "Kalau kau makan terlalu slow, aku pukul kau". 

Suspek kemudian membawa mangsa ke bilik dan menutup pintu lalu memukul mangsa dengan batang besi. 

Bapa mangsa berada di luar bilik kerana terlalu takut mencampuri urusan isterinya kerana dia sebelum ini juga pernah didera secara fizikal dari suspek. 

Apabila dia membuka pintu, mangsa sudah terkulai layu dengan beberapa kecederaan di badannya. Berang melihat keadaan mangsa, si bapa bertengkar dengan suspek. 

Dia kemudian keluar untuk merokok bagi menenangkan dirinya. Selesai merokok, si bapa masuk ke dalam rumah merayu agar dia dibenarkan menghantar anaknya ke hospital. Tetapi suspek menolak sehinggalah dia melihat sendiri keadaan mangsa yang sangat kritikal. 

Si bapa segera membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya doktor disahkan meninggal dunia selepas 10 minit kemudian. 

Difahamkan, ibu bapa kandung mangsa bercerai ketika dia berusia dua bulan. Risau anaknya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia berkahwin dengan suspek. 

Kematian mangsa itu juga membongkarkan bahawa suspek mempunyai sejarah melakukan penderaan. 

Bapa Guo berkata, isterinya kerapa memukul Guo atas kesalahan-kesalahan remeh tetapi tidak pernah sampai ke tahap seperti itu. 

Suspek ditahan untuk soal siasat dan kes masih dalam siasatan. 



August 08, 2019 at 03:02PM

Previous
Next Post »
0 Komentar