The Reporter
Susulan viral kes pelanggan bergaduh dengan cashier sebuah kedai di Ninso Batu Pahat, tampil seorang saksi kejadian yang berada di tempat kejadian menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
Terdahulu, pengadu yang menyebarkan video itu tidak menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi sebelum kejadian itu, membuatkan ramai yang tertanya-tanya punca pergaduhan itu. Selepas viral, pengadu hanya meminta orang ramai memadamkan video itu tanpa memberi sebarang penjelasan dan mendakwa kes itu telah selesai di mana pihak Ninso telah memohon maaf kepadanya.
Oleh yang demikian, saksi tampil menceritakan apa yang berlaku sepanjang kejadian itu.
SAYA ada masa ni. Customer ni nak beli barang yang gantung di belakang tu. Tapi dia tak sabar. Cashier ni tengah layan customer yang nak bayar beratur ramai. Tapi akak ni berdiri di tepi tunggu cashier tu siap. Tak silap, akak tu baru je tunggu.
Then masa saya nak bayar tu, saya tengah keluarkan duit, cashier tu tanya dia dengan nada yang baik dan sopanlah kan. Tetapi akak itu terus marah dan cakap,
"Awak tahu tak berapa lama saya tunggu di sini? Susahlah nak beli barang gantung kat situ."
Saya yang berdiri di situ pun rasa marah kot bila akak tu cakap macam tu. Well hello, cashier tu tengah serve customer nak bayar. Kau berdiri macam patung kat situ buat apa? Kau beraturlah kalau dah tahu nak beli barang kat belakang tu.
Dan akak tu punya nada agak kasar. Cashier tu buat kerja kak, bukan suka-suka goyang kaki. Ramai lagi staff lain akak boleh panggil.
Sumber: Syahirah Nabila Kamarudin
LAPORAN BERKAITAN
August 09, 2019 at 12:54PM
0 Komentar