Anak tercekik mainan, ibu sedut keluar guna mulut dan turut tercekik sama

August 08, 2019

The Reporter


Seorang bayi perempuan berusia setahun dari Zhuhai, Guangdong, China, tertelan mainan blok berbentuk T dan tersangkut di kerongkongnya. 

Ibunya yang melihat kejadian itu mendapat idea bagaimana mahu mengeluarkan mainan itu dengan menyedut objek itu dari mulut bayinya, lalu dia pun melakukan prosedur dari mulut ke mulut itu. 

Bagaimanapun, si ibu menyedut terlalu kuat sehingga menyebabkan objek itu tersangkut pula di kerongkongnya sendiri yang menyebabkan dia mula batuk dan mengalami sesak nafas. 

Mujur si ibu sempat dibawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan di mana doktor berjaya mengeluarkan objek itu menggunakan bronchoscope dalam tempoh setengah jam. 



August 09, 2019 at 02:29AM

Previous
Next Post »
0 Komentar