(Video) 'Please don't call police, I will pay' - Pelancong kantoi rembat barang hotel di Bali

July 28, 2019

The Reporter


"I will pay, sorry," demikian rayu pelancong selepas dia dan keluarganya kantoi merembat barang-barang milik sebuah hotel di Bali, Indonesia. 

Berdasarkan klip video yang viral di Twitter, keluarga berkenaan baru saja mendaftar keluar dari hotel tersebut dan perlu ke lapangan terbang. 

Bagaimanapun, kakitangan hotel mendapati barangan dalam bilik hotel yang disewakan hilang, lalu segera bertindak menghalang keluarga itu dari meninggalkan kawasan hotel. 

Ketika mahu diperiksa, pasangan suami isteri itu dikatakan bertindak agresif dan memaki hamun pekerja hotel. Setelah diperiksa, ternyata mereka mengambil barang-barang hotel seperti pengering rambut, pasu hiasan, botol seramik (handwash) dan banyak lagi. 

Suami isteri itu merayu agar mereka tidak dikenakan tindakan dan akan membayar semua barangan yang diambil itu dengan alasan mereka sudah terlambat untuk pergi ke lapangan terbang. 

Namun kakitangan hotel enggan peduli dan terus menggeledah semua bagasi keluarga itu dan menemui banyak lagi barangan yang lain.


Ekoran penemuan itu, pihak hotel mahu membuat laporan polis tetapi pasangan itu merayu agar tidak membabitkan polis dalam hal itu dan mereka sanggup membayar berapa kos yang dikenakan. 

Tidak diketahui sama ada keluarga itu dilepaskan atau sebaliknya, namun netizen Indonesia mengecam tindakan keluarga itu yang tidak bertamadun. 

Sumber: Intan Payu


July 29, 2019 at 02:07AM

Previous
Next Post »
0 Komentar