The Reporter
Susulan kes pelajar lelaki dibuli lima suspek, ibu saudara kepada mangsa tampil berkongsi kronologi kejadian yang menyebabkan anak saudaranya itu kini mengalami trauma.
Menurut Myza Jalil, anak saudaranya, Syafiq, dibelasah lima suspek hanya kerana menolak ajakan mereka untuk ponteng sekolah.
KRONOLOGI KEJADIAN
Saya dah jumpa anak saudara saya, Syafiq. Sekarang tunggu keputusan x-ray. Ceritanya begini, Syafiq diajak ponteng sekolah tetapi dia menolak untuk berbuat demikian.
Pada sebelah petang semasa Syafiq nak pergi ke sekolah, sebaik turun dari bas, dua orang budak lelaki itu mengajak Syafiq pergi ke Nam Leong (pasar raya) untuk membeli barang. Tetapi rupa-rupanya dia ditipu dan ditarik masuk ke sebuah kedai kosong berhampiran.
Di dalam premis itu, ada tiga orang rakan suspek yang sedang menunggu. Syafiq dibelasah dari pukul 1 petang hingga pukul 5 petang.
Syafiq bernasib baik sebab ada orang lalu di kawasan itu lalu membantu menyelamatkannya. Kalau tidak, saya pun tidak tahu apa yang akan terjadi kepadanya.
Syafiq mendakwa dia telah diugut oleh suspek. Sekiranya dia melaporkan kejadian itu kepada polis atau ibu bapanya, sebaik saja mereka keluar dari penjara, mereka akan terus mencari Syafiq dan keluarganya. Siap nak ugut bunuh.
Ini kali kedua Syafiq dibuli. Salah seorang suspek merupakan anak orang berada. Bapa suspek ada berjumpa dengan ibu bapa Syafiq untuk selesaikan kes dengan melibatkan wang tanpa membabitkan pihak polis.
Maaflah, duit boleh dicari tetapi nyawa tidak dapat dicari. Keluarga kami tetap akan bawa kes ini ke mahkamah untuk menuntut keadilan.
Anak saudara saya masih berada dalam ketakutan ketika dia menceritakan semula bagaimana kejadian itu berlaku. Saya sebak melihat Syafiq diperlakukan sebegitu rupa. Itu manusia, bukannya binatang.
Boleh korang bayangkan kalau tiada yang menolong Syafiq pada masa itu, entah apa yang akan berlaku. Anak saudara saya ini jenis yang lurus, tak banyak bunyi pun. Apa orang kata, dia ikut. Dia membesar di depan mata saya, bohong kalau kata saya tidak terkesan dengan kejadian ini.
Menurut maklumat yang saya perolehi, empat suspek telah ditahan di lokap. Salah seorang suspek bertatu dan namanya Kenny, masih bebas. Polis telah menyerbu kediamannya tetapi dia telah melarikan diri. Kalau ada yang terjumpa, sila tahan.
Antara yang terlibat, pelajar Tingkatan 2, lepasan Tingkatan 5 dan ada yang sudah berhenti sekolah.
Jangan disebabkan anak saudara saya yang lurus, korang boleh suka hati nak pijak kepala dia. Dia masih ada keluarga yang peduli.
Kakak ipar saya masih bersedih dengan apa yang berlaku terhadap anaknya. Selama ini saya hanya tengok kes buli di media sosial, kini berlaku pada anak saudara saya sendiri.
Kepada pembuli, apa yang korang rasa bila belasah anak saudara saya? Adakah korang berlima ini manusia atau iblis yang tidak berhati pertu? Mana tuju hati nurani sebagai manusia? Umur macam korang ni patut belajar, bukannya menjadi gangster. Tak malu ke muda-muda dah ada rekod jenayah? Apa rasa bermalam di hotel mewah (lokap) malam tadi? Seronok?
Terima kasih kepada ibu bapa yang menyerahkan anak mereka yang disyaki terlibat dalam kes buli itu kepada pihak polis. Bukannya mereka tak sayang anak, tetapi mahu memberi pengajaran untuk anak agar menjadi manusia yang baik di kemudian hari.
Kesan dari tindakan lima suspek, Syafiq trauma, hilang keyakinan diri, depression dan badannya semakin susut, hilang selera makan. Kalau ada berlaku apa-apa kecederaan dalaman pada Syafiq, memang tiada maaf bagi korang.
Meh Kak Yong tolong kau famous dik. Rasa gangster kan, pukul anak orang macam pukul anak patung. Sah inilah budak yang bantai anak saudara aku.
Jangan lari dik, akak nak berkenalan. Salam aku dulu, salam abang aku dulu. Jangan jadi samseng taik kucing dik. Jangan ingat dunia ini kau yang punya. Kau ingat anak saudara aku itu lahir-lahir je terus besar? Kau ingat dia tu patung tak bernyawa untuk kau jadikan sebagai punching bag? Anak buah aku siap minta ampun, ada kau kasihan? Ada geng kau kasihan? Abang polis, kalau baca post aku, tolong beri pengajaran kepada budak ini dan konco-konconya.
Budak ini dah keluar dari Miri dan masih belum ditemui sehingga kini.
Sumber: Myza Jalil
LAPORAN BERKAITAN
- Bapa serah anaknya kepada polis, kerana disyaki terlibat dalam video kes buli
- (Video) 2 mangsa buli dibelasah & ditampar 39 kali
July 17, 2019 at 02:53AM
0 Komentar