Suami tergamak 'jual' isteri RM586 di Facebook

July 09, 2019

The Reporter


Seorang lelaki sangup menjual maruah isterinya untuk khidmat seks 'threesome' di Facebook dengan alasan keluarganya menghadapi masalah kewangan. 

M Amin Santoso, 29, terpaksa berbuat demikian biarpun terpaksa menjual isterinya yang telah dikahwini selama 12 tahun itu. 

Apabila disoal wartawan di ibu pejabat polis Surabaya, Amin menjelaskan hasil dari melacur isterinya itu adalah untuk membiayai persekolahan dua anaknya. 

Difahamkan, Amin bekerja sebagai pengangkat barang namun dia mendakwa pendapatan yang diperolehinya tidak mencukupi. 

Bagi pekerjaan itu, Amin mendapat bayaran 50 ribu rupiah (RM14) sehari. Sehinggalah dia ditawarkan khidmat terkutuk itu dengan tawaran 2 juta rupiah (RM586).

Isteri Amin yang turut hadir, membuat pengakuan melakukan khidmat seks tersebut kerana mereka terdesak memerlukan wang. 

Ekoran perbuatannya itu, Amin kini berdepan dengan tindakan Undang-Undang Pemerdagangan Manusia atau Mencari Keuntungan daripada Pelacuran Wanita, manakala isterinya dibebaskan. 

Sumber: Detik, Astro Awani


July 10, 2019 at 03:08AM

Previous
Next Post »
0 Komentar