The Reporter
Rumah merupakan satu aset keperluan yang harus dimiliki lebih-lebih lagi di usia muda kerana harga rumah semakin lama semakin meningkat nak mati.
Tidak dinafikan, ramai yang pernah menjadi mangsa kepada pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab sehingga meranapkan impian golongan pembeli untuk memiliki rumah pertama.
Jadi, bagaimana mahu mengelakkan diri dari menjadi mangsa projek terbengkalai ini? Salah satu caranya ialah membuat semakan nama pemaju dalam senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagi tempoh sehingga 11 Julai 2019, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) mengeluarkan senarai hitam pemaju perumahan di atas beberapa kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].
July 26, 2019 at 01:45AM
0 Komentar