Hari pertama bekerja, doktor jumpa cicak dalam telinga pesakit

July 01, 2019

The Reporter


Hari pertama bertugas sememangnya perkara yang mendebarkan kerana kita bakal menempuh alam pekerjaan di tempat yang baru. 

Bagi Varanya Nganthavee yang baru menjalani hari pertamanya sebagai doktor, dia terkejut apabila menerima pesakit yang telinganya dimasuki cicak tokek. 

Difahamkan, pesakit itu datang mengadu mengalami kesakitan di dalam telinganya yang sangat luar biasa. 

Seperti biasa, Dr Nganthavee mula memeriksa saluran telinga pesakit dan mendapati ada sesuatu yang merangkak di dalamnya. 

Setelah diamati, ia bukanlah serangga tetapi seekor cicak tokek. 

"Saya sangat keliru, macam mana cicak tokek yang besar itu boleh merangkak ke dalam saluran telinganya yang kecil itu?" 

Dr Nganthavee kemudian cuba mengeluarkan cicak itu dengan menitis ubat antibiotik dan meminta pesakit mengiringkan kepalanya sebelum jururawat berjaya mengeluarkan haiwan kecil itu menggunakan penyepit. 

Agak menakjubkan cicak tokek yang terperangkap dalam lubang telinga pesakit masih hidup walaupun sudah dua hari berada di dalam telinga lelaki itu. 

Bimbang jika masih ada sebahagian anggota badan cicak tokek itu berada di dalam telinga, Dr Nganthavee merujuk pesakit itu ke bahagian pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) yang kemudian mengesahkan tiada bendasing yang berada di dalam telinga pesakit. 

Sumber: Asia One


July 01, 2019 at 12:48PM

Previous
Next Post »
0 Komentar