'Umat Islam bukan pengganas' - Twitter, Instagram gantung akaun Will Connolly

March 16, 2019

The Reporter


Video seorang remaja berusia 17 tahun memecahkan telur di kepala Senator Australia, Frazer Anning yang didakwa rasis berhubung kejadian tembakan rambang di Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand, semalam mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyokong tindakannya itu. 

Walaupun Will Connolly ditumbuk dua kali oleh Anning ekoran insiden itu, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa Islam bukan pengganas seperti yang didakwa Anning. 

"Inilah saat ketika saya berasa bangga wujud sebagai manusia. Kepada semua, umat Islam bukan pengganas dan keganasan tidak mempunyai agama. Bagi semua orang yang menganggap umat Islam sebagai sebuah komuniti pengganas, mereka mepunyai kepala dungu seperti Anning."



Dalam satu klip video yang tersebar di Twitter, Will berkata, "Jangan telurkan ahli politik, awak akan diserang 30 orang pentaksubnya pada masa yang sama," katanya.




Difahamkan, akaun Twitter dan Instagram Will telah digantung oleh dua pihak pengendali laman sosial itu atas alasan yang tidak diketahui. 

Walaupun begitu, netizen tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih kepadanya dan menyatakan sokongan terhadap Will. 



Sebelum digantung, akaun Instagram Will mencatatkan peningkatan followers secara mendadak berbanding Instagram Anning yang penuh dengan makian dari netizen serata dunia. 

Tindakan pihak Twitter dan Instagram menimbulkan persoalan netizen, apakah mereka bersikap berat sebelah dalam mengenakan tindakan? Sedangkan kenyataan Anning itu sendiri sudah jelas menunjukkan yang dirinya bersifat perkauman. 


March 17, 2019 at 03:43AM

Previous
Next Post »
0 Komentar