The Reporter
Polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun kerana menghina agama Hindu di media sosial.
Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek yang membuat kenyataan jelik terhadap agama Hindu di media sosial itu ditangkap semalam dan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.
Selain itu, suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang kenyataan berbentuk provokasi yang menyentuh mana-mana agama di negara ini.
Sumber: MalaysiaKini
March 12, 2019 at 02:50AM
0 Komentar