The Reporter
Menurut Nor Elissa Julia Norhisham, 22, berkata, dia bersama dengan suami, Tengku Haidiel Shah Tengku Shahudin, 24, ditemani dua adik lelaki berusia 16 dan 17 tahun bersiar-siar di Pantai Senok, Bachok, jam 6.08 petang sebelum didatangi lima anggoa terbabit.
"Ketika sedang bergambar, secara tiba-tiba lima lelaki itu datang memberi salam sebelum bertanya mengenai status perkahwinan kami.
"Saya dan suami jawab sudah berkahwin sejak sebulan lalu dan minta adik lelaki mengambil kad kahwin dalam kereta.
"Pada masa sama, salah seorang daripada mereka, membuat rakaman dan saya bertanya kepadanya, adakah dia merakam video? Lelaki itu jawab ya (rakam) sebab telefon dia.
"Kami tunjuk kad kahwin dan saya minta kad penguat kuasa, namun mereka tidak tunjuk.
Nor Elissa Julia mendakwa, lima anggota penguat kuasa agama itu kemudian meninggalkan mereka tanpa memohon maaf.
Tidak berpuas hati dengan cara anggota terbabit yang melakukan serbuan di khalayak sehingga memalukan mereka di mana orang lain beranggapan mereka tidak berkahwin, Nor Elissa Julia memuat naik perkara itu di Facebooknya dan menuntut anggota terbabit memohon maaf kerana mengaibkan mereka.
Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) membuat laporan polis terhadap wanita itu kerana menyebarkan video anggotanya yang sedang menjalankan tugas mencegah perbuatan berkelakuan tidak sopan di Pantai Senok.
Menurut Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan melalui Facebooknya berkata, laporan itu dibuat semalam bagi mengharmonikan keadaan.
Jelasnya lagi, tindakan operasi itu dibuat berdasarkan kesalahan mengikut Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah No. 2 Tahun 1985.
“Sesiapa dengan sengaja melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan. Berpakaian yang berpegangan dengan hukum syarak juga termasuk dalam seksyen itu.
“Apabila disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, di sini, semalam.
Menurut kenyataan itu, tindakan pegawai agama ketika di lapangan adalah bertanyakan mengenai hubungan pasangan yang mencurigakan.
“Jika gagal mengemukakan dokumen perkahwinan, mereka akan dikenakan saman namun pasangan yang dapat membuktikan status perkahwinan mereka (tanpa ada keraguan) akan dinasihatkan supaya tidak berlebihan-lebihan dalam perbuatan di khalayak.
Katanya, berdasarkan rakaman video yang tular tiada ungkapan perkataan dan perbuatan biadap dan kurang ajar ditunjukkan pegawai penguat kuasa.
“Isu ini ditularkan kepada orang ramai sehingga menimbulkan keaiban dan kegusaran masyarakat terhadap kredibiliti pengua tkuasa agama itu dan JAHEAIK,” katanya.
Sumber: Harian Metro
March 11, 2019 at 02:33AM
0 Komentar