The Reporter
Polis menahan seorang wanita selepas dia menyuruh anak lelakinya berusia dua tahun kencing dalam tong sampah yang tersedia dalam bas dan kemudian menyerang pemandu kerana berang dikata tidak bertamadun.
Dalam kejadian di Dazhi, Hubei, China pada Sabtu lalu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan si ibu membantu anaknya kencing di dalam tong sampah di hadapan para penumpang lain.
Wanita itu kemudian meluru ke arah pemandu bas sebelum kedua-duanya mula bertikam lidah di mana si ibu berang lelaki itu menegur perbuatannya yang tidak bertamadun itu, selain menghempas pintu bas serta mencekak baju pemandu terbabit.
Menurut sumber polis, suspek yang dikenali sebagai Chen menjelaskan anaknya perlu menggunakan tandas tetapi pada ketika itu mereka berada di dalam bas meyebabkan dia tiada pilihan lalu meminta anaknya kencing di tong sampah tersebut.
"Pemandu bas ternampak perbuatan mereka lalu mengatakan wanita itu tidak bertamadun dan menjadi punca kedua-dua pihak itu bergaduh.
"Chen gagal mengawal amarahnya lalu menyerang pemandu bas yang sedang memandu," katanya.
Chen ditahan atas dakwaan menyerang pemandu bas dan mengganggu ketenteraman awam.
Sumber: South China Morning Post
March 09, 2019 at 01:48PM
0 Komentar