Hanya temui cebisan rambut dan tengkorak, mayat Aisyah disumbat dalam beg pakaian

March 06, 2019

The Reporter


Susulan pengakuan suspek membuang mayat anak perempuan teman wanitanya yang berasal dari Indonesia, polis telah melakukan pencarian di jalan Gunung Raya, Langkawi hari ini, lapor Harian Metro

Dalam pencarian itu, polis hanya menemui cebisan rambut dan tengkorak mangsa yang berusia tiga tahun itu. 

Berdasarkan siasatan awal, jam 11 pagi tadi suspek membawa polis ke lokasi sebelum menunjukkan tempat mayat mangsa itu dibuang. 


Menggunakan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota unit Forensik Polis Diraja Malaysia, mayat yang ditemui hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya. 

Suspek dalam keterangannya berkata, dia membuang mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah kerana panik selepas isterinya yang juga merupakan seorang jururawat memaklumkan kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa, pada 16 Februari lalu.

Suspek mendakwa mangsa tiba-tiba jatuh sakit dan dia meminta isterinya memeriksa kanak-kanak terbabit. Bagaimanapun, wanita itu memberitahu mangsa sudah mati. Pasangan itu kemudian bertengkar. 

Dalam usaha merawat mangsa, suspek lelaki mendakwa dia cuba menepuk belakang badan mangsa beberapa kali sehingga tidak sedarkan diri. 

Panik dengan keadaan itu, suspek kemudian memasukkan mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia itu ke dalam beg pakaian dan membuangnya ke dalam gaung. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mior Faridaltrash Wahid berkata, setakat ini suspek hanya mendakwa mangsa jatuh sakit, namun pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian. 

Dakwaan suspek yang mengatakan mangsa mengalami sawan juga tidak dapat disahkan kerana kes itu masih dalam siasatan.

BERITA BERKAITAN:



March 06, 2019 at 08:43AM

Previous
Next Post »
0 Komentar