Facebook, Instagram dan WhatsApp alami gangguan teknikal

March 13, 2019

The Reporter


Laman Facebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp yang dilaporkan mengalami masalah gangguan teknikal sejak dari lewat malam tadi sehingga kini bagi sesetengah penggunanya. 

Gangguan teknikal itu menyebabkan para pengguna tidak dapat melihat paparan terkini di garis masa, selain tidak dapat memuat naik gambar, komen, mesej dan sebagainya. 

Facebook dan Instagram terpaksa menggunakan Twitter untuk memaklumkan kepada penggunanya mengenai gangguan itu dan mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi agar pengguna dapat menggunakan laman dan aplikasi mereka seperti biasa. 







Facebook turut menafikan khabar angin bahawa gangguan itu disebabkan serangan penggodam yang menggunakan ‘distributed denial-of-service (DDos).

Bagi sesetengah aplikasi video games juga terkesan dari gangguan ini dan para pengguna dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang transaksi bayaran yang dikhuatiri boleh mendatangkan masalah. 


March 14, 2019 at 02:21AM

Previous
Next Post »
0 Komentar