The Reporter
Tidak dinafikan permainan PlayerUnknown's Battlegrounds sama ada versi komputer atau mobile kedua-duanya diminati oleh golongan muda dan tidak terkecuali yang telah berusia.
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Jalandhar sanggup mencuri wang sebanyak RS50,000 (RM2,924) milik bapanya untuk membeli 'mobile gaming pad', pakaian khas dan aksesori karakter dalam permainan PUBG Mobile.
Bapanya yang bekerja sebagai mekanik basikal menyedari wang simpanannya dalam akaun bank menyusut secara tiba-tiba lalu membuat laporan polis.
Lelaki itu tidak menyedari, wangnya itu sebenarnya telah dicuri oleh anaknya sendiri. Dalam laporan polis itu, mangsa juga mendakwa dia tidak menerima sebarang notifikasi dari pihak bank yang wangnya telah dipotong untuk pembayaran.
Bagaimanapun, siasatan pihak berkuasa mendapati wang itu telah digunakan untuk membeli barangan dalam permainan PUBG Mobile.
Polis memaklumkan kepada lelaki itu bahawa, anak lelakinya telah mencuri wangnya pada waktu malam dengan memindahkan sejumlah wang itu ke akaun rakannya. Malah, remaja terbabit turut memadamkan notifikasi pemindahan wang dari pihak bank di telefon bimbit mangsa.
Selepas disiasat, akhirnya remaja itu mengaku melakukan perbuatan itu dan bapanya tiada pilihan lain lalu menarik balik laporan polis yang telah dibuat.
Golongan ibu bapa dinasihatkan berhati-hati dan tidak meminjamkan telefon bimbit kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka melakukan sesuatu di luar jangkaan yang bakal merugikan anda.
Sumber: The Quint
March 11, 2019 at 12:08PM
0 Komentar