The Reporter
Sejak dua hari lalu, viral di media sosial video seorang lelaki yang didakwa mirip seorang penyanyi lelaki, berada dalam keadaan bogel mencetuskan pelbagai reaksi peminat dan netizen.
Aiman Tino bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan pihaknya sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menangani hal itu serta meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh penyanyi itu berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang masih membangkitkan isu itu.
"Saya dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.
"Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan.
"Terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keprihatinan dan sokongan terhadap karier saya," katanya.
Sementara itu, wakil pihak pengurusan Aiman iaitu Zamani, juga enggan memberi komen lanjut mengenai perkara itu. Zamani hanya sekadar menyampaikan bahawa Aiman mahu diberikan ruang dan masa.
"Selaku pengurus, saya tidak mahu memaksa dan menghormati permintaannya," katanya.
Sumber: Harian Metro
March 12, 2019 at 08:35AM
0 Komentar